Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.Dajjal; ayahnya seorang yg
tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji
ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang
Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa
Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan
makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah
buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri
yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)
Sifat² Badannya
wahyuHadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal .Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .
Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar